Alat Kebolehcapaian

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1447H TAHUN 2026 PERINGKAT JKDM PERAK

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1447H TAHUN 2026 PERINGKAT JKDM PERAK

Oleh: PaK Mohammad Syibri Bin Mohd Nazri, PPA JKDM Perak

MAJLIS NILAI-NILAI MURNI BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1447H TAHUN 2026 PERINGKAT JKDM PERAK.jpeg

 

IPOH, 17 Mac 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Nilai-Nilai Murni bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan bersempena Bulan Ramadan 1447H Tahun 2026 Peringkat JKDM Perak.

Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), yang telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin, Pengarah Kastam Negeri Perak.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Kastam Negeri Perlis, YBrs. Tuan. Haji Ismail bin Hashim, bersama Pengarah Kastam Negeri Kedah, Puan Wan Marini binti Wan Hamzah serta Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Rohaizad bin Ali.

Pengisian program dimulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Soutur Ridzuan diikuti oleh program penyampaian sumbangan daripada warga JKDM Perak kepada balu-balu warga, anak-anak yatim warga serta wakil dari Pertubuhan Baitul Aini sebagai tanda keprihatinan dan usaha menyantuni golongan yang memerlukan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Tazkirah, Solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah dan diakhiri dengan jamuan Moreh.

Penganjuran majlis ini bertujuan memupuk nilai integriti, amanah dan keikhlasan dalam kalangan warga kerja JKDM Perak di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga dan Pengurusan Tertinggi Jabatan. Program ini juga diharapkan dapat menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara.

CKOM SMALL PNG.png