Alat Kebolehcapaian

Kastam

Eksport Semula

BilKategori BarangSyarat-Syarat
1. Barang yang diimport dan disimpan di dalam Gudang Berlesen yang dipindahkan bagi tujuan eksport semula selaras dengan Seksyen 75(c) Akta Kastam 1967
  • Pelepasan barang masih belum diluluskan.
  • Barang tidak tertakluk di bawah Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 atau Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017
  • Barang tidak terlibat dalam pemerhatian oleh Cawangan Risikan, dalam siasatan atau yang disyaki terlibat dengan penyelewengan atau penyeludupan.
  • Khidmat Account Manager yang khusus.
  • Penggunaan logo AEO.
  • Faedah latihan dan faedah-faedah lain yang diluluskan oleh Panel AEO dan agensi-agensi Pengawal Atur (OGA / PIA) lain.
2. Barang yang telah diimport dan telah dibayar duti/cukai yang kemudiannya dieksport semula dengan membuat tuntutan pulang balik (drawback) selaras dengan Seksyen 93 Akta Kastam 1967.

​Seksyen 93 menyatakan duti/cukai yang telah dibayar ke atas barang yang kemudian dieksport semula, hanya 9/10 daripada duti yang telah dibayar boleh dipulang balik sekiranya:-

  • Barang dapat dikenalpasti oleh pegawai kastam semasa pemeriksaan dilakukan sebelum pelepasan eksport semula diberikan
  • Barang dieksport semula dalam tempoh 3 bulan selepas duti/cukai dibayar
  • Barang tidak digunakan selepas pengimportan
  • Tuntutan tarik balik duti yang dibuat ke atas barang yang dieksport semula tidak tertakluk kepada mana-mana Perintah Larangan yang sedang berkuatkuasa
  • Tuntutan tarik balik duti/cukai boleh dibuat sekiranya melebihi RM200.00 setiap konsaimen
  • Pegawai kastam perlu dimaklumkan bahawa tuntutan duti/cukai akan dibuat terhadap barang tersebut. Permohonan tuntutan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh eksport semula​
3. Barang yang diimport yang masih berada dalam Zon Perdagangan Bebas yang belum diluluskan pengimportannya.
  • Barang tidak tertakluk kepada Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 atau Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dan tidak terlibat dalam kes penyelewengan atau penyeludupan;
  • Barang boleh dieksport semula atas sebab-sebab berikut:
  • Mesin-mesin/ alat-ganti/ komponen bagi tujuan dibaiki, tentukuran dan kemudiannya diimport semula;
  • Dieksport semula kepada pembekal kerana masalah kualiti barang yang terbukti tidak menepati spesifikasi pesanan;
  • Bahan mentah/ komponen/ barang separa siap untuk digunakan oleh Zon Perindustrian Bebas di negeri lain;
  • Bekas/ kontena kosong atau bahan mentah kepada pembekal untuk diisi (refill), kitar semula dan kemudiannya diimport semula; dan
  • Barang yang tersalah hantar yang disokong oleh bukti-bukti yang diterima oleh Kastam sebagai sahih.​
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List