Alat Kebolehcapaian

Teknologi Maklumat

Soalan Lazim Tempoh Peralihan GST 6% - 0% (Kemaskini : 30.5.18)

1.1 S: Apakah maksud kenyataan MOF bertarikh 16 Mei 2018 berkaitan dengan pengenaan CBP pada kadar 0% dan kesannya kepada CBP?
  J: Semua pembekalan barang dan perkhidmatan yang kini tertakluk pada kadar standard 6% menjadi berkadar standard 0% mulai 01 Jun 2018. Barang yang diimport juga dikenakan CBP berkadar standard 0%.
     
1.2 S: Adakah kenyataan MOF tersebut terpakai kepada pembekalan yang dikecualikan?
  J: Pembekalan dikecualikan kekal sebagai tidak tertakluk kepada CBP dan TIDAK berubah kepada berkadar standard 0%.
     
1.3 S: Adakah perlu saya menunggu untuk mendapat surat dari JKDM untuk berubah kepada berkadar standard 0%?
  J: Tidak, sila kenakan CBP atas kadar standard 0%.