Accessibility Tools

Gangguan Operasi dan Capaian di Pusat Data JKDM Kelana Jaya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Tuan / Puan,

Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa satu aktiviti penyelenggaraan akan dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan SS 6/3, Seksyen 6, Kelana Jaya, Selangor yang turut melibatkan Kompleks Kastam WPKL sekaligus memerlukan penutupan (shutdown) kesemua server/perkakasan di Pusat Data Kelana JayaJKDM WPKL. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut akan memberi implikasi terhadap capaian sistem/aplikasi seperti berikut :-

PerkaraKeterangan
Sistem/Aplikasi berkaitan Sistem MyGST (TAP & Gentax) Sistem MyDLV Sistem MyVA Sistem ASW Sistem ACTS Sistem Customs Call Center (CCC) EMAIL Jabatan Portal Jabatan Payment Gateway Virtual Private Network (VPN) Sistem sokongan JKDM
Tarikh / Masa Mula 24 September 2022 (Sabtu) / 8:00 pagi​​
Tarikh / Masa Akhir 24 September 2022 (Sabtu) / 6.30 petang
Kerja-kerja/ tujuan/ sebab: Peningkatan Sistem Bekalan Elektrik TNB​​
Kesan kepada Pengguna Terlibat: Perkhidmatan sistem/aplikasi tidak boleh dicapai sepanjang tempoh berkenaan.​​
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pusat Data JKDM

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Talian : 03-78841017

 

3.         Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali. Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Dato' Sri / Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan amatlah dihargai dan di dahului dengan terima kasih.

Sekian.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Pengurusan Pusat Data,

Bahagian Teknologi Maklumat,

Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia,

W. P. Putrajaya, Malaysia.