Accessibility Tools

Sebut Harga Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-28)

Cawangan Logistik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan sebut harga bagi pelupusan aset kerajaan berupa dua (2) buah kenderaan seperti yang terkandung dalam Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset. Peti sebut harga akan mula dibuka pada 16 Jun 2022 dan akan ditutup tepat pada jam 12.00 tengahhari pada 28 Jun 2022.

Tawaran ini terbuka kepada semua individu atau syarikat yang berdaftar di Malaysia. Syarat-syarat penyertaan sebut harga ini boleh didapati secara terperinci dalam Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset di atas. Mana-mana individu atau syarikat yang berminat bolehlah memuat turun Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-28) melalui pautan yang disediakan atau mengambil sendiri borang tersebut di Aras 8 Utara, Cawangan Logistik, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang dimeterai bersama-sama bayaran deposit mengikut nilai tawaran masing-masing dan dikembalikan ke pejabat ini secara pos atau memasukkan borang tersebut ke dalam peti sebut harga yang disediakan di pejabat ini.