Accessibility Tools

SEGERA - IKLAN PENGAMBILAN BAGI JAWATAN PEGAWAI KONTRAK (KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN) DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2024

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
(KONTRAK UNTUK PERKHIDMATAN)
BAGI TAHUN 2024

Sukacita mempelawa kepada sesiapa yang berkelayakan untuk memohon jawatan Pegawai Kontrak Untuk Perkhidmatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Syarat kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 35 tahun ke bawah pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Keutamaan Bidang:- Undang-undang, Perakaunan, Kewangan, Ekonomi, Statistik, Percukaian, Perbankan, Pengurusan/Pentadbiran Awam, Perdagangan & Pengurusan Perniagaan);
  • Berkemahiran dalam perisian Microsoft Office;
  • Boleh bekerja dalam tekanan dan mempunyai kemahiran berunding; dan
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik

Bidang Tugasan:
Calon yang berjaya akan membantu menjalankan kerja-kerja gesaan dan galakan pembayaran Akaun Belum Terima.

Tempat Bertugas: JKDM Seluruh Negara 

Kepada calon yang berminat, lengkapkan Borang Permohonan Pegawai Kontrak (Contract For Services) yang dilampirkan dan hantar bersama resume bergambar serta salinan kad pengenalan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya atau pada 30 September 2024 (Isnin), permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. 

 Sila Rujuk Lampiran:
IKLAN DAN BORANG CFS JKDM TAHUN 2024.pdf

Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan nombor berikut:
Tel. : 03 – 8882 4849 (Tuan Muhammad Faisal Bin Roslan)
Tel. : 03 – 8882 4935  (Puan Anis Sofia Binti Sarwani)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 SEPTEMBER 2024 PADA JAM 11.59 MALAM