Tarikh
Tajuk Liputan
Dibaca
-
- Information
- 27 Mar 2026
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1447H TAHUN 2026 PERINGKAT JKDM PE...
- Information
- 5 hit(s)
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1447H TAHUN 2026 PERINGKAT JKDM PERAK Oleh: PaK Mohammad Syibri Bin Mohd Nazri, PPA JKDM Perak IPOH, 17 Mac 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Nilai-Nilai Murni bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan bersempena Bulan Ramadan 1447H Tahun 2026 Peringkat JKDM Perak. Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Almirulita binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan), yang telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin, Pengarah Kastam Negeri Perak. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Kastam Negeri Perlis, YBrs. Tuan. Haji Ismail bin Hashim, bersama Pengarah Kastam Negeri Kedah, Puan Wan Marini binti Wan Hamzah serta Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Haji Rohaizad bin Ali. Pengisian program dimulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Soutur Ridzuan diikuti oleh program penyampaian sumbangan daripada warga JKDM Perak kepada balu-balu warga, anak-anak yatim warga serta wakil dari Pertubuhan Baitul Aini sebagai tanda keprihatinan dan usaha menyantuni golongan yang memerlukan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Tazkirah, Solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah dan diakhiri dengan jamuan Moreh. Penganjuran majlis ini bertujuan memupuk nilai integriti, amanah dan keikhlasan dalam kalangan warga kerja JKDM Perak di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga dan Pengurusan Tertinggi Jabatan. Program ini juga diharapkan dapat menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara. -
- Information
- 20 Feb 2026
MEMPERKUKUH PEMANTAUAN & PEMATUHAN: LAWATAN TURUN PADANG TKP KASTAM KE JKDM STESEN BATU PA...
- Information
- 163 hit(s)
Batu Pahat, 9 Februari 2026 (Isnin) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Stesen Batu Pahat, Johor telah menerima lawatan turun padang oleh YBrs. Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) dalam kerangka kerja lawatan yang bertujuan meninjau tahap kesiapsiagaan, pengurusan penguatkuasaan serta operasi jabatan di peringkat cawangan. Ketibaan beliau telah disambut oleh Tuan Musa bin Lan, Ketua Kastam Daerah (KKD) Batu Pahat serta menerima pemeriksaan barisan kawalan kehormat sebagai tanda penghormatan. Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat korporat JKDM Stesen Batu Pahat yang menyentuh aspek struktur organisasi, pencapaian operasi serta cabaran semasa jabatan. Dalam sesi yang sama, Puan Siti turut menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota, menekankan kepentingan integriti, profesionalisme serta komitmen berterusan dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan. Lawatan diteruskan dengan pemeriksaan Stor Penguatkuasaan, diikuti pemeriksaan aset serta tatacara pengendalian simpanan barangan kes bagi memastikan pengurusan stor mematuhi prosedur yang ditetapkan dan berada dalam keadaan teratur serta selamat. Sebagai penutup, Puan Siti turut mengadakan lawatan pesisiran sungai bagi meninjau kawasan operasi serta menilai keperluan penguatkuasaan di lapangan. Lawatan kerja ini diharap dapat memperkukuh lagi tahap kesiapsiagaan JKDM Batu Pahat serta meningkatkan keberkesanan operasi penguatkuasaan selaras dengan aspirasi jabatan dalam memastikan pematuhan undang-undang dan keselamatan negara sentiasa terpelihara. CEPAT · TANGKAS · INTEGRITI -
- Information
- 27 Jan 2026
KASTAM SELANGOR GAGALKAN PENYELUDUPAN PELBAGAI KOMODITI BERNILAI LEBIH RM5.75 JUTA
- Information
- 2229 hit(s)
PELABUHAN KLANG, 27 JANUARI 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor berjaya menggagalkan dua (2) cubaan penyeludupan di Pelabuhan Klang melibatkan minuman keras, cerut dan beras dengan nilai rampasan serta duti dan cukai keseluruhan melebihi RM5.75 juta. Pengarah Kastam Negeri Selangor, YBrs. Tuan Mohamad Azhar bin Ahmad Paharazi, memaklumkan rampasan melibatkan 37,128 liter minuman keras jenis bir bernilai lebih RM1.39 juta serta 6,250 kilogram cerut dan 3,900 kilogram beras bernilai RM4.36 juta, hasil pemeriksaan kontena di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Barat dan Utara. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. Orang ramai digesa membantu membanteras penyeludupan dengan menyalurkan maklumat kepada mana-mana pejabat kastam berdekatan. CEPAT · TANGKAS · INTEGRITI -
- Information
- 26 Jan 2026
“JOURNÉE INTERNATIONALE DE LA DOUANE 2026” - SAMBUTAN HARI KASTAM SEDUNIA DI BRUSSELS, BEL...
- Information
- 2169 hit(s)
BRUSSELS, 26 JANUARI 2026 – Pada 26 Januari setiap tahun, komuniti kastam global menyambut Hari Kastam Sedunia sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan dedikasi pegawai kastam dan peranan penting kastam dalam melindungi masyarakat, memacu pembangunan ekonomi serta memastikan keselamatan negara. Sambutan ini juga merupakan platform untuk mendidik masyarakat mengenai visi dan misi kastam serta menggalakkan kerjasama kolektif dalam menghadapi cabaran semasa. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan Hari Kastam Sedunia di bumi Belgium merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh komuniti kastam yang berpusat di Brussels yang merupakan pusat politik dan diplomasi Eropah dan pelbagai organisasi antarabangsa lain. Sambutan dimulakan seawal pagi dengan majlis penyampaian pingat penghargaan kepada warga kastam serta wakil-wakil syarikat swasta. Majlis dihadiri oleh tetamu kehormat Mr. Jan Jambon, Deputy Prime Minister and Minister of Finance and Pensions dan Mr. Kristian Vandewaeren, Administrator-General of the General Administration of Customs and Excise Belgium, selaku tuan rumah sambutan. Usai majlis, satu perarakan dari Militia Hall, Grand Place Brussels diiringi kumpulan pancaragam menuju ke patung Manneken-Pis yang disarungkan pakaian seragam Kastam Belgium. Satu majlis sambutan turut diadakan bertempat di World Customs Organization (WCO) pada sebelah petang. Bagi tahun 2026, WCO telah menetapkan tema “Kastam Melindungi Masyarakat Melalui Kewaspadaan dan Komitmen” di mana Secretary General of the World Customs Organization, Mr. Ian Saunders sekali lagi menegaskan peranan utama kastam sebagai benteng keselamatan dan keamanan negara. Memetik ucapan beliau “We need to demonstrate that strong and well-equipped Customs authorities are indispensable to national and international security, public health, environmental protection, trade facilitation and supply chain integrity”. SELAMAT MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA KE-44Daripada Pejabat Atase Kastam Brussels, Belgium. CEPAT · TANGKAS · INTEGRITI -
- Information
- 26 Jan 2026
YAB PERDANA MENTERI MERASMIKAN SAMBUTAN HARI KASTAM SEDUNIA KE-44 TAHUN 2026
- Information
- 2333 hit(s)
CYBERJAYA, 26 JANUARI 2026 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan telah hadir dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-44 Tahun 2026 yang bertemakan, “Kastam Melindungi Masyarakat Melalui Kewaspadaan dan Komitmen”, bertempat di Cyber Event Hall, Cyberjaya. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang antara lain menzahirkan komitmen berterusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam memperkasa pungutan hasil negara, memperkukuh penguatkuasaan serta melindungi kepentingan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Bagi tahun 2025, JKDM telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM76.18 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM10.61 bilion atau 16.18% berbanding tahun 2024. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecekapan dan profesionalisme organisasi, malah membuktikan komitmen JKDM dalam memastikan hasil negara dipelihara serta dimanfaatkan semula untuk pembangunan negara, kebajikan rakyat dan penambahbaikan perkhidmatan awam. Perdana Menteri turut berkenan merasmikan pelancaran dua buah buku terbitan JKDM, iaitu ‘Driving Excellence, Servicing A Nation’ dan buku “Prestasi JKDM 2025.” Kedua-dua buku ini dihasilkan sepenuhnya oleh warga JKDM merangkumi perancangan kandungan, penulisan, penyelidikan data, dokumentasi visual serta reka bentuk penerbitan, sekali gus mencerminkan keupayaan dan kepakaran dalaman Jabatan dalam mendokumentasikan pencapaian organisasi secara sistematik, berfakta dan berimpak tinggi. Pada majlis yang sama, sebanyak 25 anugerah kecemerlangan telah disampaikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan prestasi cemerlang pelbagai pihak. Majlis sambutan ini mencerminkan pengiktirafan berterusan terhadap kecemerlangan warga Kastam dan rakan strategik, selaras dengan peranan JKDM sebagai benteng utama dalam melindungi kepentingan negara dan masyarakat. CEPAT · TANGKAS · INTEGRITI -
- Information
- 15 Jan 2026
MAJLIS PENYAMPAIAN EMBLEM DAN SIJIL KEPADA SYARIKAT BERSTATUS AUTHORIZED ECONOMIC OPERATOR...
- Information
- 2695 hit(s)
PUTRAYAJA, 15 Januari 2026 - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada telah menganjurkan Majlis Penyampaian Emblem dan Sijil kepada syarikat-syarikat yang telah berjaya memperoleh pengiktirafan Authorized Economic Operator (AEO) sepanjang tahun 2025. Majlis berkenaan telah berlangsung di Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat JKDM, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Ketua Pengarah Kastam, sebagai pengiktirafan JKDM ke atas syarikat-syarikat yang mempunyai rekod pematuhan yang tinggi terhadap perundangan Kastam dan peraturan berkaitan, serta mengamalkan prosedur kawalan dan pemantauan rantaian bekalan yang selamat dan cekap. Program AEO merupakan satu inisiatif di bawah Pertubuhan Kastam Sedunia (World Customs Organization, WCO) yang bertujuan untuk memudah cara perdagangan antarabangsa, memperkukuh keselamatan rantaian bekalan global, serta mengukuhkan kerjasama strategik antara pihak kastam dan sektor perniagaan. Syarikat yang dianugerahkan status AEO akan menikmati pelbagai kemudahan, antaranya pelepasan kastam yang lebih pantas, pengurangan kadar pemeriksaan fizikal, serta keutamaan dalam pengendalian urusan kastam. Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Wira menyatakan bahawa pengiktirafan AEO ini bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat, malah turut menyumbang kepada peningkatan daya saing perdagangan negara di peringkat antarabangsa, khususnya melalui pelaksanaan Mutual Recognition Arrangement (MRA) AEO. “Program AEO turut memperkukuh kedudukan Malaysia dalam perdagangan antarabangsa. Melalui pelaksanaan Mutual Recognition Arrangement (MRA) AEO dengan pihak kastam negara rakan dagang, syarikat AEO Malaysia dapat menikmati kemudahan perdagangan rentas sempadan, sekali gus meningkatkan daya saing di peringkat serantau dan global,” katanya. Sebanyak tujuh belas (17) buah syarikat telah menerima emblem dan sijil AEO pada majlis kali ini, yang merangkumi sektor pengeksport, pengimport, pengilang, pengendali gudang dan ejen Kastam. JKDM akan terus komited dalam memperluaskan pelaksanaan Program AEO serta menggalakkan lebih banyak syarikat menyertai program ini bagi menyokong ekosistem perdagangan yang selamat, cekap dan berdaya saing. CEPAT · TANGKAS · INTEGRITI -
- Information
- 14 Jan 2026
LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM (PENGUATKUASAAN DAN PEMATUHAN) KE JABATAN KAS...
- Information
- 2750 hit(s)
MELAKA, 13-14 Januari 2026 – YBrs. Puan Siti binti Mang, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) telah melaksanakan lawatan kerja rasmi ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka pada 13 hingga 14 Januari 2026. Lawatan selama dua hari ini dimulakan dengan sesi libat urus bersama pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan serta Bahagian Pematuhan. Sesi libat urus bermula dengan pemeriksaan barisan di Dewan Datuk Md Hassim Pardi diikuti ucapan YBrs. Tuan Roslan bin Yusoff, Pengarah Kastam Negeri Melaka serta pembentangan pencapaian Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM Melaka oleh Tuan Bakri bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Penguatkuasaan dan Pematuhan). Sesi libat urus ini memberi ruang kepada pegawai dan anggota untuk mengemukakan pandangan serta pertanyaan, selain membolehkan pihak pengurusan tertinggi memberikan penjelasan berhubung isu-isu berkaitan pelaksanaan tugasan di lapangan. Pada sebelah petang, lawatan diteruskan ke Stor Penguatkuasaan Ayer Keroh dan Stor Penguatkuasaan Bukit Baru bagi menilai aspek keselamatan dan pengurusan barang rampasan. Hari berikutnya, Puan Siti meneruskan lawatan ke Bahagian Pematuhan di samping meninjau Stor Penguatkuasaan Banda Hilir untuk memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard berada pada tahap optimum. Lawatan diakhiri dengan kunjungan ke Unit Marin di ICQS Banda Hilir bagi menilai kesiapsiagaan operasi marin serta keberkesanan kawalan sempadan. Secara keseluruhannya, lawatan ini menekankan pemantauan operasi, pengukuhan komunikasi dua hala serta komitmen jabatan dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang. CEPAT · TANGKAS · INTEGRITI -
- Information
- 13 Jan 2026
𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗠𝗬𝗦𝗔𝗪𝗜𝗧, 𝗠𝗬𝗘𝗫𝗖𝗜𝗦𝗘 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗕𝗜𝗖
- Information
- 2869 hit(s)
-
- Information
- 08 Jan 2026
LAWATAN TAPAK PENGARAH KASTAM NEGERI KE PERLIS INLAND PORT (PIP)
- Information
- 2674 hit(s)
PADANG BESAR, 8 Januari 2026 – YBrs. Tuan Haji Ismail bin Hashim Pengarah Kastam Negeri Perlis telah mengadakan lawatan tapak ke Perlis Inland Port (PIP) bagi memantau persediaan akhir menjelang pembukaan rasmi fasiliti tersebut. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Kastam Daerah Padang Besar, Ketua Bahagian Perkastaman/CDN, pegawai-pegawai kanan dan pegawai dari Unit Korporat JKDM Perlis. Sepanjang lawatan, rombongan telah meninjau beberapa lokasi utama di PIP merangkumi Pejabat Pentadbiran, Menara Kawalan, Container Yard dan Bay Kawalan Kastam, yang merupakan komponen penting dalam memastikan kelancaran operasi serta pematuhan keperluan kastam. Lawatan ini mencerminkan komitmen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis dalam memastikan tahap kesiapsiagaan infrastruktur, sistem operasi dan kawalan berada pada tahap terbaik selaras dengan peranan kastam dalam memberi perkhidmatan kastam unggul serta memperkasa pungutan hasil dan keterjaminan rangkaian perdagangan. Dalam sesi lawatan tersebut, wakil syarikat Mutiara Perlis Sdn. Bhd telah memberikan taklimat berkaitan perkembangan dan status semasa pembangunan PIP. CEPAT.TANGKAS.INTEGRITI -
- Information
- 07 Jan 2026
PENGARAH KASTAM NEGERI, JKDM NEGERI SEMBILAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TIMBALAN KET...
- Information
- 2745 hit(s)
SENAWANG, 07 JANUARI 2026 – YBrs. Tuan Muhammad Ilyas Queek bin Abdullah, Pengarah Kastam Negeri berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, YDH. SAC Tuan Muhammad Idzam bin Jaafar. Selain itu, delegasi daripada IPK Negeri Sembilan turut disertai oleh ACP Tuan Md. Khairuddin bin Hussin, Ketua Cawangan Khas, ACP Tuan Muhammad Izzudin bin Runggai, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Supt. Tuan Sahedi bin Din, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan DSP Tuan Khairil Nizam bin Mohd Yusof, Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi. Kunjungan hormat yang turut disertai oleh Ketua Kastam Daerah dan Ketua-Ketua Bahagian JKDM Negeri Sembilan tersebut menjadi wadah kepada kedua-dua pasukan untuk bertukar buah fikiran serta menyampaikan pandangan melibatkan pelbagai perkara khususnya dalam urusan keselamatan di Negeri Sembilan. Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan upacara bertukar-tukar cenderahati antara kedua-dua agensi. YBrs. Tuan Muhammad Ilyas Queek bin Abdullah menzahirkan penghargaanya kepada YDH. SAC Tuan Muhammad Idzam Bin Jaafar dan delegasi daripada PDRM Negeri Sembilan atas kesudian hadir ke Wisma Kastam Senawang bagi mengadakan kunjungan hormat tersebut. Semoga jalinan kerjasama yang disemai di antara JKDM dan PDRM di peringkat Negeri Sembilan dapat diperkukuh dan dipererat demi kebaikan rakyat di bumi beradat ini. CEPAT.TANGKAS.INTEGRITI




